“Saya nak jual buku agama, bukan mengemis…”- Warga emas dihina Baim Wong dedah kisah sebenar

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, nama pelakon dari Indonesia, Baim Wong menjadi bualan ramai apabila videonya bersama seorang warga emas telah tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok itu, Baim Wong dikatakan melempar kata-kata kurang enak kepada warga emas berkenaan kerana cuba meminta wang.


Dalam satu temubual, warga emas dikenali sebagai Pak Cik Suhud itu telah menceritakan semula perasaan terhina ketika kejadian tersebut.

Cerita Baim tak betul.

Kalau sebelum ini Baik menyatakan bahawa warga emas berkenaan telah diberikan wang namun diekori hingga ke rumah namun berlainan pula dengan cerita Pakcik Suhud.


Katanya, dia mencuba nasib menjual buku dan tidak sengaja bertemu dengan tim Baim Wong bersama kelengkapan kamera.

“Habis solat Jumaat, saya ternampak 1 moto besar. Jadi saya ikut nak cuba nasib jual buku. Eh bila sampai depan rumah, rupanya ada team Baik Wong datang bawa kamera dan rakam.

“Saya tak tahu, saya diam saja. Kemudian saya tengok dia macam tiba-tiba mengejek dan bagi duit ke orang lain. Rasa macam ditolak, saya terus balik rumah...”

Meskipun jualan buku laku selepas kisah itu tular namun dia dan keluarga terpaksa menanggung rasa malu selain turut merasa sedih akan perkara itu. Malah, anak-anaknya juga memintanya agar berhenti dari berniaga.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen