Lapan tahun tunggu zuriat, wanita letak bantal dalam baju nak rasa perut ibu hamil

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang sudah berumah tangga, tentunya menanti kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hubungan mereka. Bagaimanapun, semuanya itu bergantung pada rezeki setiap pasangan.

Ada yang tidak perlu tunggu lama untuk menimang cahaya mata, ada juga yang terpaksa melakukan pelbagai usaha.

Lapan tahun tunggu cahaya mata.

Itulah dilema yang terpaksa dilalui wanita ini apabila terpaksa menunggu selama lapan tahun untuk memiliki zuriatnya sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @meisianggun di platform Tik Tok, dia meluahkan rasa sedihnya akan penantiannya itu.

Lebih sebak lagi apabila dia sengaja masukkan bantal ke perutnya untuk merasai bagaimana miliki perut wanita hamil yang sedang sarat.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa mengapa dirinya begitu lambat untuk memiliki anak berbanding pasangan lain.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen turut bersimpati akan nasib wanita berkenaan. Malah, mereka turut mendoakan agar wanita itu segera mendapatkan zuriat.

Semoga diberikan zuriat

Sama-sama kita kuat

Kongsi tips

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen