Bercinta sampai tua, warga emas diam-diam ambil gambar isteri buat netizen cemburu

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tentunya sudah berjanji akan susah senang bersama malah kekal sayang menyangi antara satu sama lain hingga ke akhirnya.

Sama seperti pasangan suami isteri ini yang dilihat masih lagi romantis walaupun kedua-dua kelihatan agak berusia.

Diam-diam ambil gambar isteri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @emoon.oo ini telah memaparkan pasangan suami isteri yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah gelagat si suami yang diam-diam mengambil gambar isterinya ketika sedang menikmati hidangan di hadapannya.

Bahkan, perkara tersebut tidak disedari oleh isterinya sendiri walaupun mereka saling menghadap antara satu sama lain di meja berkenaan.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen cemburu melihat pasangan tersebut selain turut berharap agar mereka seperti itu bila tiba hari tua nanti.

Bercinta sampai tua

Terus nak upload gambar dia

Harap pasangan pun macam ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen