Rumah tangga bergolak, Siti Saleha & suami bakal bercerai?

Tak ada angin tak ada ribut, Siti Saleha dikatakan telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada Rabu ini bagi sebutan kes penceraiannya.

Memetik laporan mStar Online, prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi yang turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi, 35.

 

Berita ini agak mengejutkan memandangkan Siti Saleha jarang berkongsi hal peribadinya secara terbuka di media sosial terutama mengenai masalah rumah tangganya.

Melihat ke Instagram pelakon berusia 31 tahun itu, kali terakhir Siti Saleha memuat naik foto bersama suaminya adalah pada 24 Mac lalu.

Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Anda masih keseorangan?

980,758 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen