Kejamnya! Netizen geram lihat individu hempas kucing berulang kali hingga maut

Oleh: Zuzu Yasmine

Kejam dan tidak berperikemanusiaan, itulah yang boleh dikatakan terhadap seorang individu yang kini sedang diburu selepas menghempas seekor kucing ke lantai sehingga maut.

Kejadian tersebut berjaya dirakam di televisyen liatr tertutup (CCTV) sebuah premis yang memaparkan seorang wanita menghempas seekor kucing ke atas lantai berulang kali.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), klip video itu di rakam CCTV sebuah premis perniagaan berhampiran Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka kira-kira pukul 6.40 pagi tadi.

Rakaman berdurasi 49 saat itu turut memperlihatkan seekor kucing sedang nyenyak tidur di hadapan sebuah premis deretan kedai.

“Kemudian, seorang individu disyaki sedang berjoging mengangkat kucing tersebut lalu menghempas ke lantai beberapa kali.

“Pengadu yang membekalkan rakaman CCTV mendakwa tidak mengenali pelaku dan merayu mana-mana penduduk di sekitar kawasan Ayer Keroh Heights untuk mengesan pesalah tersebut,” -pengadu.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Hotline jenayah haiwan ditalian WhatsApp 010-5394749 atau ke laman web www.animalmalaysia.com/report-animal-crime.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan individu berkenaan. Selain turut berharap tindakan tegas dikenakan terhadap individu tersebut.

Apa doa kucing tu?

Kenapa kejam sangat ni?

Ni bukan saja-saja hempas

Moga dapat balasan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen