Merajuk punya pasal rela jalan kaki, pemuda tekad 'angkut' kekasih naik atas motor

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam percintaan memang tidak akan terlepas dari salah faham dan pujuk memujuk. Walaupun dalam hal yang kecil tapi kalau si dia tiba-tiba ambil hati memang lain pula jadinya.

Nak-nak lagi, masing-masing masih muda dan tidak tahu mengawal emosi, memang semua benda kecil pun boleh buat bermasam muka.

Awek merajuk tak kena tempat.

Itulah yang terjadi pada pasangan ini apabila gelagat mereka dirakam oleh pengguna TikTok yang melihat dari jauh.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @myname_myme, memaparkan pasangan kekasih yang mana si gadis berjalan kaki manakala si lelaki menunggang motosikal di tepi jalan.

Pada awalnya, @myname_myme beranggapan bahawa lelaki tersebut mengheret motosikalnya kerana kehabisan minyak, rupa-rupanya sedang memujuk kekasih yang merajuk.

Lebih kelakar lagi apabila si lelaki yang penat melayan gelagat kekasihnya akhirnya bertindakn mengangkat gadis berkenaan ke atas motorsikal secara paksa.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen terhibur akan gelagat pasangan berkenaan. Malah mereka turut berkongsi pengalaman saat pasangan merajuk.

Kalau aku dah tinggal dah

Malu ditengok orang

Aku pun macam ni dulu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen