Hilang kawalan sebelum terbabas, kru produksi filem maut kemalangan & tiga lagi parah

Oleh: Zuzu Yasmine

Hilang kawalan dan terbabas, seorang kru produksi filem maut sementara tiga lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran simpang tiga Kampung Saujana, Setiu, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 1.15 tengah hari, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, yang juga pemandu Perodua Alza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, berkata ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakan sekerjanya dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Setibanya di tempat kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terlanggar tunggul kayu di kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu berjaya mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan itu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke unit forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat," katanya.

Katanya lagi, penumpang hadapan, Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, serta penumpang belakang, Amir Daniel Suhaimi, 23, mengalami kecederaan parah retak di bahagian leher.

"Sementara itu seorang lagi penumpang belakang, Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, mengalami kecederaan parah putus tangan kiri," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen