Keadaan kesihatan penyanyi, Elyana sememangnya telah diketahui umum. Malah penyanyi berkenaan juga sentiasa berkongsi perkembangan dirinya terutama ketika menjalani rawatan kemoterapi bagi kanser limfoma yang dihadapinya.
Terbaru, Elyana atau nama sebenarnya Elyana Emrizal telah berkongsi foto romantisnya bersama suami tercinta, Khairul Anuar Hussin sempena meraikan detik ulang tahun perkahwinan mereka yang bakal memasuki tahun ke-11 pada bulan hadapan.
Terima kasih sudi menjadi teman saya di dunia
Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu itu telah berkongsi detik indah mereka di laman instagramnya dengan menulis kapsyen yang penuh dengan coretan cinta buat suaminya.
"Bulan depan ulang tahun perkahwinan kita yang ke 11 tahun. Saya sakit dah 10 tahun. Umur awak pula nak masuk 46 tahun. Umur kita beza 12 tahun. Tapi bertahun-tahun, di hati saya awak tetap nombor 1. Terima kasih sudi menjadi teman saya di dunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga." - Elyana
Semoga kekal bahagia...
Menjengah ke ruangan komen ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan dua merpati dua sejoli ini.
Kagum dengan your husband...
Malah ada yang turut memuji suaminya, Khairul Anuar yang tetap setia di sisi Elyana.
Ahh sedihnya ayat...
Ada juga beberapa netizen yang tersentuh membaca kapsyen coretan hati dan cinta dari Elyana.
Didoakan semoga ikatan cinta Elyana dan suaminya kekal sehingga ke akhir hayat.
Tinggalkan Komen