Gara-gara tadah air dalam kolam, dua beranak syok berenang buat ibu tahan geram

Umum tahu ketika ini, penduduk di Lembah Klang terpaksa berdepan dengan masalah air sepanjang tiga hari berikutan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor.

Susulan itu, orang ramai bersiap sedia dengan menadah dan menyimpan bekalan air sekiranya rumah mereka turut terjejas sama.

Tadah air sebab rumah tak ada air.

Bagaimanapun, lain pula nasih seorang wanita ini apabila air yang ditadahnya untuk kegunaan kecemasan diguna pakai oleh suami dan anaknya.

Menerusi video yang dimuat naik di platform Tik Tok oleh @kylieyaa memapar saat dia mendah air di dalam kolam untuk kegunaan tiga hari ketika terputus bekalan.

Balik kerja tengok suami & anak syok berenang.

Keadaan menjadi geram apabila dia mendapat tahun bahawa suami dan anaknya sedang asyik berenang di dalam kolam air yang ditadahnya.

“Makngah dia bagitahu Adam dah happy berenang. Pastu ayah dia pun join sekali. Balik kerja nampak dua beranak ni. Ingat menyorok ummi tak nampak ke ayah dia,” luahnya.

Dua baldi untuk ummi.

Namun, keadaan tersebut bertukar kelakar apabila suami dan anaknya menyimpan air untuknya sebanyak dua baldi bagi kegunaan ketika darurat nanti.

“Dengan happy bagitahu dah siap-siap simpan air untuk ummi sikit. Ummi tak tahu nak happy ke nak nangis.”

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet terhibur akan gelagat anak beranak itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama dalam menadah air untuk kegunaan kecemasan.

Senasib la kita

Siap simpankan air dua baldi tu

Bertabah la maknya

Air buat basuh 'toilet' je

Anda masih keseorangan?

980,741 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen