Sudah sekian lama 'content' 'Lemah' menjadi 'trend' di Tiktok. Pun begitu, apabila ianya dibuat oleh Intan Saleh, segelintir netizen sepertinya kurang senang kerana menganggap bekas madu kepada Izreen Azminda itu belum 'move on'?
'Content' Intan Saleh undang kritikan
Susulan pekongsian, Intan Saleh atau nama sebenarnya Intan Liana Binti Saleh dihujani pelbagai respon dan tak kurang juga yang mengkritik.
"Im not perfect"
Meskipun sudah tampil dengan penjelasan di IG Story, nampaknya masih ada yang 'bitter' dengan video tersebut dan akhirnya Intan membuat permohonan maaf.
Dalam hantaran terbaharunya, dia memuat naik sekeping gambar yang bertulis 'Sorry', sementara pada ruangan kapsyen Intan berkata bahawa dia bukanlah manusia yang sempurna.
Untuk rekod, Intan Saleh merupakan isteri kepada Ude Wahid dan telah berpisah pada tahun 2018 selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Izreen Azminda.
Tinggalkan Komen