Netizen naik angin youtuber 'prank' warga emas di 'mall'. -"Kau dah tak ada akal ke?!"

Tindakan seorang Youtuber, Mizan Majid menerima kecaman hebat dari warga netizen susulan muat naik 'content' terbaharunya di akaun Youtube miliknya.

Jadikan pakcik mangsa 'prank'

Video berdurasi 9 minit itu kemudian telah dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @RaufHusin yang juga kurang bersetuju dengan 'content' tersebut.

 

Dalam potongan video tersebut memaparkan tindakannya menegur seorang pakcik yang sedang bersendirian di dalam pusat membeli belah.

Terpinga-pinga ditinggal Youtuber

Wajah pakcik itu mulai hairan apabila youtuber berkenaan memberitahu ada orang memanggilnya dan kemudian, dia memanggil seorang lagi lelaki memberitahu pakcik tadi ingin bertemu dengannya.

Lebih emosi lagi apabila Youtuber berkenaan kemudian berlalu pergi meninggalkan kedua-duanya yang terpinga-pinga tidak faham apa yang sedang berlaku.

'Content' dah tak relevan

Susulan perkongsian, tak dinafikan ruangan komen mulai dingin pelbagai respon yang rata-ratanya berang dengan sikap Youtuber berkenaan.

 

"Kalau kena kat bapak aku..."

"Orang tua pun nak prank ke?"

Tak kurang juga yang meluahkan rasa simpati melihat reaksi pakcik itu kerana menjadi mangsa individu pendek akal seperti 'Youtuber' berkenaan.

"Kesian pakcik tu"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen