Kongsi rezeki sempena rentas negeri, Hafiz Mahamad 'sponsor' tiket bas balik kampung

Dalam pada orang ramai menyambut gembira pengumuman kerajaan yang membenarkan rentas negeri, tak dinafikan segelintir rakyat di luar sana adalah sebaliknya.

Bukan tidak mahu, tetapi mengenangkan nasib diri yang mungkin terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini menyebabkan hasrat pulang ke kampung halaman tidak kesampaian.

Hafiz Mahamad sponsor tiket bas

Walau bagaimanapun, usahawan kosmetik Hafiz Mahamad yang amat dikenali dengan sifat pemurahnya mengambil maklum akan perkara tersebut dan bersedia menaja tiket bas untuk mereka yang terjejas.

Berita gembira itu telah dimuat naik olehnya di laman Instagram yang kini juga sedang mencari syarikat bas terbaik untuk berurusan.

"Sedih baca DM tak boleh balik kampung, saya ingat nak sponsor tiket 2-3 bas untuk sahabat."

"Siapa sahabat yang tak mampu nak balik kampung, saya nak tanggung... In Shaa Allah saya ada rezeki sikit boleh kongsi dengan awak."

"Habis kerja dekat sini, saya uruskan 2-3 bas tu untuk sahabat."

-Hafiz Mahamad-

"Moga diluaskan lagi rezeki"

Perkongsian itu jelas sekali membuatkan rata-ratanya tersentuh. Dalam situasi sekarang, nyata masih ada insan berhati mulia ingin membantu.

Ramai yang mendoakan usahawan itu agar dimurahkan rezeki dan tak kurang juga berharap agar Hafiz dan keluarga sentiasa dilindungi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen