Kemas baju kalah perempuan, emak naik pening anak lelaki 'pack' barang macam nak pindah

Susulan kebenaran sesi pengajaran dan pembelajaran dibuat secara fizikal, kebanyakan institusi pengajian tinggi telahpun menerima semula kemasukan pelajar lama dan juga baru.

Tak dinafikan, para pelajar kini sedang membuat segala persiapan bagi memastikan tiada yang ketinggalan lebih-lebih lagi bagi pelajar yang kampusnya agak jauh dari rumah.

Gelagat pemuda kemas beg jadi perhatian

Dalam pada kesibukan itu, seorang pengguna Tiktok berkesempatan berkongsi momentnya  membuat persiapan akhir sebelum berangkat pulang ke kampus.

Namun, video tersebut mengundang tawa apabila melihat caranya mengemas beg baju, saling tak tumpah macam perempuan.

Kena berleter tak siap kemas

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat biliknya dilimpahi dengan banyak baju, beberapa bagasi yang sudah penuh dan kelengkapan peribadinya yang belum siap dimasukkan ke dalam beg.

Dia sepertinya buntu kerana masih banyak lagi barang yang belum dikemas sehingga emaknya jadi hilang sabar dan mulai berleter.

"Nak balik hostel ke kena halau?"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya jadi tak keruan melihat tindakannya yang berbuat demikian sehingga ada yang bertanya sekiranya dia ingin pindah rumah atau pulang ke kampus.

 

"Nak pindah rumah ke?"

"Kenapa tak bawa almari terus?"

"First time jumpa lelaki macam ni"

 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

980,738 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen