"Dia tak pernah berniaga..." -Jiran pula dedah siapa warga emas dimarahi Baim Wong

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang selebriti terkenal Indonesia, Baim Wong yang didakwa 'naik angin' dengan seorang warga emas dikenali sebagai Pak Cik Suhud. Malah sebelum ini, media ada melaporkan bahawa Pakcik Suhud mengejar Baim untuk menjual barang dagangannya. 

Video tersebut mendapat perhatian netizen dari Inodnesia mahupun Malaysia serta mengundang pelbagai reaksi negatif. Lebih parah lagi, ada yang terus melabel Baim Wong sebagai kurang ajar ekoran dari sikap beliau.

Pak Cik Suhud penipu?

Bagaimanapun, tiba-tiba muncul satu pendedahan video mengenai status pekerjaan Pak Cik Suhud yang mendakwanya tidak bekerja. Perkara tersebut didedahkan oleh satu saluran YouTube yang melakukan temubual bersama penduduk kampung 

"Kakek DJ , Kakek DJ"

Menerusi temubual tersebut, salah seorang penduduk kampung mendedahkan bahawa Pak Cik Suhud hanya seorang yang suka berjalan-jalan sambil mendengar lagu di telefon bimbit miliknya. 

Salah seorang wakil penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Deny turut menegaskan bahawa dia tidak pernah nampak Pak Cik Suhud meniaga.

 

 

"Itu cuma akal-akalan Pak Suhud saja"

Menjengah ke ruangan komen, sebahagian netizen nampaknya berang dengan pendedahan ini. Bahkan ada yang turut membongkarkan bahawa Pak Cik Suhud sememangnya bukan orang susah dan mempunyai kelengkapan rumah yang lengkap beserta motor.

"Saya hanya mendoakan Pak Suhud dan Baim sihat"

Segelintir netizen yang lain pula tetap masih mendoakan kesejahteraan mereka dan menganggap bahawa semua perkara yang berlaku ada hikmahnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen