Minta digelar prosafe, Rita Rudaini sangkal dakwaan dirinya antivaksin

Umum sedia maklum bahawa Rita Rudaini antara selebriti yang lantang menyurakan perihal pengambilan vaksin.

Malah, dia juga dengan rela namanya digugurkan daripada beberapa tawaran kerja susulan pendiriannya terhadap pengambilan vaksin.

Terbaru, Rita menafikan dirinya seorang antivaksin seperti yang didakwa segelintir pihak disebabkan masih belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19.

Menerusi InstaStory di Instagram miliknya hari ini, Rita meminta orang ramai mengkaji dahulu makna gelaran prosafe sebelum melabelkan dirinya sebagai antivaksin.

“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan, kena kaji dahulu makna antara antivaksin dan prosafe.

“Kalian semua boleh gelar saya prosafe. Kalaulah saya ini antivaksin, tidaklah saya pergi cucuk vaksin sebelum ini macam vaksin pergi umrah dan vaksin masa kecil termasuk anak-anak...”


Rita turut berpesan kepada pengguna media sosial agar menjadi pengguna bijak sebelum melabelkan mana-mana orang.

“Nak guna perkataan pun, biar jadi pengguna yang bijak menggunakan sesuatu perkataan melabelkan sesuatu biar objek dengan makna selari.

“Hi, I’m Rita Rudaini and I’m prosafe (Hai, saya Rita Rudaini dan saya prosafe.”

Untuk makluman, prosafe dalam konteks kesiapsiagaan vaksin (ambil langkah berjaga-jaga), membawa maksud individu yang menunggu vaksin itu betul-betul selamat untuk digunakan.

Anda masih keseorangan?

980,745 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen