Laung azan dan solat tengah jalan, lelaki rupanya pesakit psikiatri lari hospital

Berikutan tular rakaman yang menyaksikan tindakan seorang lelaki mendirikan solat di tengah jalan, polis kemudian tampil dalam kenyataanya memaklumkan bahawa individu terbabit merupakan pesakit psikiatri.

Memetik laporan Harian Metro, selain solat, lelaki berusia lingkungan 30an itu juga melaungkan azan sehingga menyebabkan berlakukan kesesakan lalu lintas di Jalan Ipoh berhampiran sebuah stesen minyak.

Lelaki solat tengah jalan pesakit psikitari

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata anggota yang membuat rondaan menerima maklumat berkaitan kesesakan lalu lintas sebelum bergegas ke lokasi.

"Pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki berdiri di tengah jalan sambil melaungkan azan dan bersolat."

"Anggota polis kemudiannya memujuk lelaki itu dan membawanya ke stesen minyak berhampiran untuk menenangkannya."

-Sarifudin Mohd Saleh-

Tambah beliau, pemeriksa juga mendapati lelaki itu memakai gelang putih menyerupai gelang hospital.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen