Enam tahun jadi kawan baik, wanita teruja bila 'bestie' kahwini kembar suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Sahabat atau lebih dikenali sebagia best friend forever adalah insan yang paling akrab dengan kita selain ahli keluarga sendiri. Malah, insan ini juga lebih selesa untuk berkongsi masalah atau perasaan peribadi.

Tapi siapa sangka dari seorang kawan akhirnya berubah menjadi ahli keluarga sendiri sekaligus dapat lebih banyak masa terluang bersama.

Bestie jadi biras.

Seperti pengguna TikTok dikenali sebagai @nurtiqaaaa ini apabila rakan baiknya kini menjadi birasnya selepas bekahwin dengan kembar suaminya.

 

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi memaparkan mereka saat masing-masing bercinta hinggalah rakannya itu kini duduk di pelamin.

“Yayy, akhirnya kami berjaya melakukannya setelah 6 tahun menjalin hubungan. Bestie saya berkahwin dengan kembar suami saya.”


Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen turut tumpang seronok selain berseloroh agar mereka tidak tertukar pasangan. Malah, netizen turut berharap akan senasib seperti wanita berkenaan yang dapat rakan baik sebagai biras.

Jangan tertukar dah la

Bestnya kawan baik jadi biras

Kena cari kembar juga ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen