Tak menangis dimarah ibu, gelagat budak lelaki pura-pura pengsan buat netizen terhibur

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak ni memang banyak ragam dia. Kadang kala sampai tak terlayan kerenah mereka yang di luar fikiran. Tapi mereka inilah pengibur dan pengerat kasih sayang antara ibu bapa.

Kena marah terus pengsan berdiri.

Biasanya seorang kanak-kanak yang dimarahi ibu mereka akan menangis dan minta dipujuk namun, berlainan pula dengan budak lelaki ini apabila memilih untuk pura-pura pengsan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguan TikTok dikenali sebagai @adilaariffin ini memaparkan gelagat kanak-kanak tersebut yang pura-pura pengsan serta diiringi gelak ketawa mereka yang menonton ragamnya di halaman rumah.

Menurut pengguna TikTok berkenaan, budak lelaki tersebut baru sahaja dimarahi oleh ibunya namun dia tidak menangis seperti kanak-kanak lain sebaliknya berkelakuan seperti itu.

Lebih kelakar lagi apabila ibu kanak-kanak tersebut ingin melepaskan tangan dari menahan kepala dengan harapan anaknya sedar namun sebaliknya pula berlaku hingga terpaksa didukung.

Video tersebut telah meraih lebih 270,000 jumlah tontonan dan 25,000 tanda suka.

"Hebat lakonan adik..."

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen terhibur akan gelagat kanak-kanak itu. Selain turut berseloroh bahawa kanak-kanak tersebut sesuai menjadi pelakon terbaik.

Amboi pengsan berdiri

Cerdik budak ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen