10 tahun tunggu, Shuib syukur akhirnya lagu dah 'release'. -"Tapi tak dapat nyanyi sama..."

Tinggal kenangan. Itulah ungkapan yang mampu terucap ketika ini selepas hampir dua bulan pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19.

Lancar lagu baru lepas 10 tahun tunggu

Menerusi hantaran terbaharunya di Instagram, menyaksikan paparan gambar arwah dan suaminya, Shahmira Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Shuib.

 

Hantaran tersebut dimuat naik adalah bertujuan untuk mempromosikan lagu terbaharu mereka berdua yang bertajuk 'Sampai Tua'.

Difahamkan, lagu tersebut telah didengkan mereka berdua dari sebelum kahwin lagi, namun baru berkesempatan untuk dilancarkan hari ini selepas hampir 10 tahun menanti.

Hasrat nyanyi bersama tak kesampaian

Walaubagaimanapun, hasrat mereka untuk menyanyi bersama tidak kesampaian kerana arwah Siti Sarah terlebih awal dijemput sang PenciptaNya.

"Dari sebelum kahwin lagi Shuib dan arwah Sarah dah dengar lagu 'Sampai Tua."

"Menanti lebih 10 tahun untuk lagu ni, tapi nampaknya hasrat Shuib untuk nyanyi bersama arwah tidak kesampaian..."

Anda masih keseorangan?

1,115,769 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen