Padah tak cukup dua dos dah nak daki bukit, 15 remaja dikompaun RM2,000

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara mendaki tanpa mengambil suntikan lengkap vaksin Covid-19 dua dos, 15 remaja berusia ntara 14 hingga 18 dikompaun RM2,000 setiap seorang ketika beriadah di Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, kompaun dikeluarkan hasil pemeriksaan pihak polis terhadap pengunjung di kawasan berkenaan mulai jam 7.30 pagi.


Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, kompaun itu dikeluarkan apabila mereka gagal mengemukakan bukti vaksinasi lengkap melalui aplikasi MySejahtera.

"Seramai 15 pengunjung lagi diberi amaran kerana leka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan jika diulangi, kita akan saman," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut berkata, pemantauan itu membabitkan 10 anggota polis, dua kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah dan seorang anggota Rela dengan pemantauan dibuat bermula dari kaki bukit sehingga ke puncak.

Katanya, tindakan itu dijalankan mengikut Peraturan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPN) P.U(A) 293/2021.

"Anggota KKM sudah membuat hebahan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi termasuk memberi nasihat kepada pengunjung berkaitan penjarakan dan pemakaian pelitup muka.

"Kita akan buat operasi sebegini secara berkala dan dinasihatkan kepada pengunjung agar terus mematuhi SOP serta perlu lengkap dua dos vaksin sebelum menjalankan aktiviti pendakian," pesannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen