"Lebih baik mereka bincang secara baik, kerana mereka pun pernah berkawan rapat..."

Oleh: Shasha Zack

Pada 20 Julai lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pergaduhan lima sekawan.

Siti Nordiana mengeluarkan dakwaan bahawa 2 sahabat selebritinya iaitu Lan Solo dan Syura Badron beserta Nur Sheila (isteri Lan Solo) dan Aida G (MUA) telah berkata belakang tentangnya.

Nur Sheila yang telah membuat sesi 'live' bersama dengan 3 rakannya yang lain dpercayai telah menyebarkan aib dan fitnah ke atas Siti Nordiana.

Jauh di sudut hati saya merasa sangat terkilan

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana dalam satu kenyataannya menyebutkan bahawa dia sangat terkejut, malah tidak menyangka bahawa perkara sebegini akan terjadi.

Beliau turut mempersoalkan motif keempat-empat individu yang dianggap sahabat yang mengheret namanya sebagai topik utama perbualan mereka.

"Kita bagi mereka bertemu empat mata..."

Susulan dari kes tersebut, peguam yang mewakili Aida G dan Sam Samin iaitu Nurul Hafidzah menyarankan mereka untuk menyelesaikan hal ini dengan cara baik.

 

Lagipon mereka pernah berkawan

Sementara itu, Hakim Makhkamah Seksyen Kuala Lumpur, Zulkarnain Hassan turut mencadangkan agar 5 sekawan ini mencari jalan penyelesaian untuk berbaik semula sepanjang tempoh yang diberikan iaitu sehingga 20 Oktober depan.

Kes ini telah ditangguhkan dan ditetapkan tarikh baru selepas mengambil kira kelewatan pasukan pendakwaan penyerahan penyata saksi oleh Abang Azlan Abang Ariffin, peguam Siti Nordiana yang menyerahkan penyata saksi pada hari Khamis.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen