Lepas hilang 300,000 pengikut YouTube, Baim Wong mohon maaf pada Pak Suhud

Oleh: Zuzu Yasmine

Beberapa hari lalu, tindakan aktor dari Indonesia Baim Wong mendapat perhatian netizen dari negara itu dan juga Malaysia susulan kelakukannya memarahi seorang warga emas dikenali sebagai Pak Suhud.

Susulan kejadian tersebut, Baim dikatakan telah kehilangan 300,000 subscriber dan turut terkeluar dari Top 5 paling ramai pengikut YouTube.

Bagaimanapun, Baim dikatakan telah mengaku bersalah dan tampil memohon maaf atas tindakan keterlaluannya.

Menurut aktor berkenaan, dia sedar akan tindakannya kepada Pak Suhud itu adalah tidak beradab sebaliknya perlu ada rasa hormat.

“Saya mengaku bersalah. Walaupun sebelum ni saya rasa saya langsung tidak bersalah. Tapi bila difikirkan semua saya sedar saya ada kekurangan iaitu tidak tahu adab,” kata Baim menerusi satu podcast.

Menyesal akan kelakuannya, Baim telah mengunjungi kediaman Pak Suhud untuk berdamai dan hubungan mereka dikatakan telah membaik.

“Dia itu orang tua, macam mana pun juga dia orang tua, dan itu namanya menghardik, ada dalilnya dan itu enggak boleh. Kita harus merendahkan diri kita, dan aku salah.

“Jadi ini salah saya dan saya akuinya. Hati rasa tenang saat berjumpa dengan Pak Suhud, orangnya baik,” kongsi Baim.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen