Kunci rumah tangga bahagia, sesi ta'alim Neelofa & Haris jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa nampaknya turut tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti bersama suami, Haris Ismail di sebuah lokasi percutian pantai tanah air.

Sesi ta'alim Haris & Neelofa terakam.

Terbaru, video Haris sedang membuat sesi Ta’alim bersama Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berjaya dirakam peminatnya dari jauh.

Difahamkan perkara tersebut dirakam saat pasangan ini sedang menikmati percutian baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram lofa.videos itu menyatakan bahawa pasangan ini tidak pernah meninggalkan sesi ta’alim ini dan itulah kunci kebahagiaan rumah tangga mereka.

“MashaAllah diorang tak pernah tinggal untuk buat sesi ta'alim everyday. Antara salah satu kunci kebahagian rumah tangga. Alhamdulillah,” tulis di ruangan kapsyen.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen menyatakan keberuntungan Neelofa memiliki suami yang baik dan berilmu. Malah, turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Bebaloi tunggu lama

MasyaAllah, sweet pasangan ni

Inilah mencintai kerana Allah

Bagus untuk ibu mengandung

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen