Iqbal terkejut DSV terjah rumah jam 3 pagi siap bawa cincin, -"Saya keluar tanpa pakaian penuh..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya, kemelut percintaan antara Ahamd Iqbal Zulkefli dan usahawan terkenal, Dato Seri Vida masih belum berakhir lagi.

Terbaru, jutawan kosmetik berkenaan dikatakan telah ‘menerjah’ rumah Iqbal sekitar jam 3 pagi tadi tanpa disangka-sangka oleh pemuda berkenaan yang sebelum ini pernah tawar hati kerana maruahnya sebagai lelaki diperlekehkan.

Terima cincin, akan pulangkan semula.

Menerusi InstaStory Iqbal, dia terkejut akan kedatangan DSV yang datang membawa sebentuk cincin kerana tidak pernah mendedahkan alamat rumahnya sebelum ini.

Iqbal menyatakan bahawa dia membuka pintu dengan tanpa pakaian selain terpaksa melayani usahawan terkenal itu dengan keadaan terpaksa sebelum ditinggalkan bersama sebentuk cincin.

“Saya layan dengan emosi yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai,” tulisnya.

Nak masuk minang ke?

Dalam rakaman tersebut, DSV ditemani anaknya Kacak dilihat sedang leka berkongsi cerita mengenai cincin yang dibawanya kepada pemuda berusia 27 tahun itu.

Beri amaran pada pak guard.

Susulan itu, Iqbal juga menghubungi pengawal keselamatan yang menjaga kediamannya dan memberi pesan agar tidak sewenang-wenangnya membiarkan ‘orang luar’ ke rumahnya.

Sebelum ini, Iqbal dan DSV pernah merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini namun beberapa konflik membuatkan hubungan mereka renggang sehingga tidak dapat dipastikan status perhubungan mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen