Janna Nick dedah dengar lebih lima suara dalam kepala, -"Waktu tidur paling sunyi..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelakon berbakat besar, Janna Nick sebelum ini pernah mengesahkan dirinya mengalami masalah gangguan bipolar dan menengar suara aneh sepanjang hari.

Malah, pelakon berusia 26 tahun ini juga dikatakan sedang menerima rawatan dan mengambil ubat Antidepressant Medicatin (Escitalopram dan Carbamazepine (CBZ).

Otak sangat bising, dengar suara.

Terbaru, Jannah menerusi InstaStory miliknya mendedahkan bahawa dia merasakan otaknya dalam keadaan sangat bising hingga membuatkan dia bercakap kuat dan bukanlah kerana seorang yang happy go lucky semata-mata.

Katanya, fikiran dan perasaannya tidak pernah sehaluan malah jika duduk seorang diri dia akan mendengar bisikan lain dari lima suara berbeza.

Tambahnya, waktu tidur adalah waktu yang paling tenang selain terpaksa bergantung kepada uba-ubatan untuk kelihatan normal seperti orang lain.

“Hanya tidur waktu paling sunyi...paling tenang. Sebab tu kadang kadang ubat-ubatan sangat membantu,” kongsinya.

Jannah juga berkongsi bahawa dia pernah memegang watak individu yang mengalami masalah bipolar dalam satu drama bersiri bertajuk ‘Misteri Mona’ namun, tahap kesihatannya semakin teruk selepas itu. Bahkan, hatinya juga tidak tenang melihat lakonan semulanya dalam drama berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen