Pertama kali bawa pergi 'hiking', suami isteri teruja berjaya naik puncak dengan anak

Walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata, ianya tidak sedikit pun menjadi penghalang buat pasangan ini meneruskan minatnya mendaki (hiking).

Bawa anak 'hiking'

Menelesuri kisah yang dikongsikan di aplikasi Tiktok, dia bernama Zuleskandar Rosli dilihat membawa anak lelakinya, Izz Darwish yang kini berusia dua tahun mendaki Gunung Lambak di Kluang, Johor.

 

Video yang dikongsikan dirakam ketika 'hiking' bersama anaknya yang ketika itu baru berumur setahun, tahun lalu.

"Masa tu saya dan isteri hiking bersama anak di Gunung Lambak. Ia merupakan kali pertama kami 'hiking' bersama anak sampai ke puncak dengan jayanya."

"Pertama kali 'hiking' dengan anak beberapa minggu sebelum itu. Tapi hanya separuh jalan saja belum ready nak ke puncak selain anak menangis."

Tambah Eskandar lagi, setakat ini dia dan isteri telah 5 kali membawa anaknya itu mendaki bersama.

"Paling lama pernah sampai 3 jam"

Berkongsi pula tentang ragam putera sulung mereka, ujar Eskandar untuk membawa anak 'hiking' memang perlu membuat banyak persiapan termasuklah memantau keadaan cuaca.

"Kalau hiking tanpa anak, turun naik ambil masa antara 45 hingga 50 minit je. Kalau bawa anak ambil masa dua jam naik dan turun, paling lama pernah sampai tiga jam."

"Di pertengahan jalan, anak nak menyusu badan dan kami ada bawa kain untuk tutup bahagian berkenaan dan cari kawasan selesa dan terlindung di sebalik pokok."

"Nak hiking bawa anak kena banyak buat persediaan. Keadaan cuaca pun kami pantau, kalau nak mendung kami patah balik. Kami sentiasa hati-hati, taklah main redah je."

-Eskandar-

Dah 'standby' lagu kesukaan anak

Malah, mereka juga membuat persediaan dari segi hiburan untuk anak sekiranya meragam sewaktu pendakian.

"Bila anak berak walaupun pakai lampin, dia akan rasa tak selesa dan menangis. Masa tu nak turun, dan kami suami isteri menyanyi lagu kesukaan dia bertajuk 'Its Bitsy Spider'...kadang-kadang tu kami berjoget sambil menyanyi nak jaga mood dia."

"Anak memang lasak, lepas ni saya nak latih anak untuk mendaki sendiri bila tiba masanya, termasuklah mendedahkannya dengan sukan permotoran mini GP untuk kanak-kanak."

-Eskandar-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen