Muat naik hantaran di laman Instagram Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menjadi perhatian wargamaya.
Didakwa pakai tangkal lindungi diri
Dalam hantaran tersebut memaparkan tangkap layar perbualan individu di dalam kumpulan Telegram antivaksin yang mendakwa bahawa menteri itu menggunakan jin sebagai perlindungan dirinya.
Isu itu berbangkit susulan melihat gelang yang dipakai oleh Khairy Jamaluddin sewaktu berucap di kaca televisyen dan media sosial.
"Jin saya vaksin..."
Tidak melatah dengan dakwaan tersebut, Khairy Jamaluddin lantas memberi respon kepada perbualan mereka dengan memberitahu bahawa jin yang digunakannya ketika ini adalah vaksin jenis Pfizer, Sinovac, AstraZeneca dan CanSino.
Segelintir darinya mungkin menganggap ia satu ucapan jenaka, namun secara tak sedar ia telah membawa kepada fitnah sekiranya dakwaan mereka itu adalah salah.
Tinggalkan Komen