Tak penat lagi kejar waktu urus anak, ibu kreatif guna 'ikan gedik' buat tepuk sampai lena

Bagi seorang suri rumah sepenuh masa, pastinya mereka berdepan dengan pelbagai cabaran lebih-lebih lagi dalam melayani ragam serta telatah anak yang masih kecil.

Bukan sahaja terkejar-kejar waktu untuk memasak dan mengurus keluarga, bahkan kadang-kadang juga tiada waktu rehat yang cukup.

Ikan gedik jadi bualan para ibu

Itulah juga yang dilalui oleh pemilik akaun Tiktok ini. Dia bernama Balqis ada berkongsi kaedah berkesan untuk menjimatkan waktu mengurus anak terutamanya sewaktu hendak menidurkannya.

 

Ibu senang hati anak mudah lena

Dalam perkongsian itu, dia memperlihatkan seekor ikan yang diikat di bahagian pinggang anaknya sambil ekornya melibas-libas pada bahagian punggung. Tindakan itu saling tak tumpah seperti yang para ibu selalu buat untuk tidurkan anak.

Memandangkan anaknya sejenis yang mesti kena tepuk dahulu baru tidur, jadi dia membelinya dan siapa sangka ia maat berkesan malah, lebih lena anaknya dibuai mimpi.

"Lenanya tidur dik"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya mulai berminat dengan ikan palsu itu dan berhasrat untuk membelinya.

 

"10 tahun lagi saya beli"

 

"Jangan salah masak nanti"

Selain itu, ada juga yang akui terhibur mengenangkan fungsi 'ikan gedik' itu dan tak kurang yang hampir terpedaya kerana ingatkan Balqis menggunakan ikan betul.

"Ingatkan ikan betul"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen