Dicium dan dibelai lepas bersalin, wanita bertuah doktor layan macam mak sendiri

Dalam menghitung detik ingin melahirkan, pastinya bercelaru fikiran mengenangkan nasib diri sewaktu berada di bilik bersalin lebih-lebih lagi tentang doktor yang akan mengendalikan urusan para ibu.

Bukan sekali dua kita dengar luahan kekesalan dan kekecewaan para ibu terhadap layanan dan pengurusan pihak hospital di luar sana. Hal itu membuatkan rata-ratanya bimbang dan sanggup habis beribu ringgit untuk bersalin di hospital swasta.

Wanita bertuah dapat doktor baik

Jika dapat kita lihat menerusi perkongsian pengguna Tiktok xcamin, dia telah berkongsi moment istimewa sewaktu dia dalam proses melahirkan bayi sulungnya.

 

Dibelai dan dikucup lepas bersalin

Namun, siapa sangka perkongsian itu membuatkan rata-ratanya cemburu sehingga ada yang sanggup untuk mengandung lagi susulan melihat layanan doktor yang menyambut kelahirannya.

Beliau merupakan seorang doktor wanita yang sangat lembut dan penuh santun ketika bertugas. Bukan itu sahaja, doktor itu juga membelai dan mengucup si ibu dengan penuh kasih seperti anak sendiri seusainya dia selamat bersalin.

"Tulus dia layan pesakit"

Menjengah pula ke ruangan komen, nampaknya doktor itu amat dikenali oleh segelintir warga netizen dan akui bahawa beliau memang salah seorang doktor kegemaran ramai.

"Moga tuhan merahmati..."

"Sweetnya doktor ni..."

Selain itu, ada juga yang memuji caranya seperti keibu-ibuan sewaktu berdepan dengan pasakit.

"Aku sanggup habis berpuluh ribu..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen