Terima laporan nak bunuh diri di 'Whatsapp', anggota polis maut tembak diri sendiri dalam kereta

Memetik laporan Astro Awani, seorang anggota polis ditemui maut selepas dipercayai menembak diri sendiri dalam kejadian di Jalan Abdullah pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchy, laporan awal polis menerima maklumat seorang anggota polis ingin membunuh diri.

Polis tembak diri dalam kereta

Sementara itu, satu pengoperasian mengesan berkenaan dijalankan sebelum amngsa ditemui mati dalam kenderaannya dengan kesan tembakan di leher kira-kira jam 11.18 pagi.

"Pada 8.20 pagi pihak polis daerah Muar ada menerima satu maklumat berkaitan seorang anggota polis ingin membunuh diri melalui pesanan 'Whatsapp'."

"Bertindak atas malumat tersebut, satu operasi dijalankan dan anggota berkenaan ditemui mati dalam kenderaannya di lot parkir di pekan Muar dengan kesan tembakan di leher."

-Ayob Khan-

Walaubagaimanapun, siasatan lanjut sedang masih sedang dilanjutkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen