Larang berbasikal di lebuh raya, polis tegas individu degil akan didenda RM5,000

Sejak kebelakangan ini, kita sering lihat perkongsian video oleh orang ramai akan aktiviti berbasikal di lebuh raya.

Tindakan itu jelas sekali membahayakan walhal, seiiring dengan perkongsian itu sering juga kita dikejutkan dengan berita kematian disebabkan kemalangan yang berlaku sewaktu berbasikal.

Larang berbasikal di lebuh raya

Memetik laporan Harian Metro, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyatannya melaran aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

"Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggan secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan."

"Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebub raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79 (2) akta sama, manakala Seksyen 112 (3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal."

Tak pasang lampu pun kena denda

Sementara itu, penunggang yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang pada basikal boleh dikenakan tindakan iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

"JSPT setakat hari ini hanya mengambil tindakan advikasi terhadap penunggang basikal yang berkayuh secara berkelompok di jalan raya."

"Polis tidak menghalan aktiviti berbasikal, namun harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen