Ganggu pengguna jalan raya, sosok tubuh bawa batu nisan rupanya lelaki kurang siuman?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa hari lalu tular akan sosok tubuh wanita membawa batu nisan dipercayai ‘hantu’ di jalan Genting Sepah hingga menganggu pengguna-pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Susulan itu, persoalan tersebut terjawab apabila seorang pengguna TikTok berkongsi video akan penangkapan sosok tubuh berkenaan.

Tersalah ambil ilmu?

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fareeeeeeeez sosok tubuh berkenaan adalah seorang lelaki yang didakwa mengamalkan ilmu hitam.

Jatuh terbaring lepas dibaca ayat Quran.

Ketika percubaan mendekati sosok tubuh berkenaan, perakam mendakwa lelaki tersebut ada membaca mentera dan ayat al-Quran.

Dalam rakaman tersebut juga, lelaki berkenaan jatuh terbaring selepas mendengar ayat Quran yang dibaca oleh mereka yang berada di situ sebelum meronta-ronta berulang kali.

Macam baru sedar diri.

Rakaman seterusnya memaparkan lelaki berkenaan seolah-olah baru sedarkan diri dan seakan ‘bingung’ dengan keadaannya sendiri.


Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pelbagai andaian yang dilakukan oleh warganet yang rata-rata terasa ingin tahu berkenaan perkara tersebut.

Mungkin salah amal tu

Mungkin kurang waras

Kena gangguan kot

Batu nisan masih baru

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen