Dituduh perigi cari timba, DSV jawab isu terjah rumah kekasih, -"Iqbal kena sihir..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan isu terjah menerjah pada jam tiga pagi di rumah Ahamd Iqbal Zulkefli, kini giliran usahawan kosmetik, Dato Seri Vida pula tampil menjelaskan tujuannya.

Iqbal kena sihir.

Menerusi sesi Live di Instagram miliknya, DSV mendakwa bahawa dia ingin menyelamatkan Iqbal kerana bekas pembantu peribadinya itu dikatakan telah terkena sihir.

“Saya terjah sebab ingin selamatkan Iqbal yang sudah disihir dan dia tidak sedar mengenai hal tersebut.”

Dah minta petunjuk Allah.

DSV mendedahkan lagi bahawa dia nekad melakukan hal tersebut selepas meminta petunjuk allah SWT bagi menyelamatkan Iqbal daripada terus menjadi mangsa ilmu hitam yang cemburu dengan kebahagiaan dan kejayaan dalam perniagaannya.

“Saya melakukan solat tahajjud untuk meminta petunjuk daripada Tuhan, selepas saya buat, saya nekad pergi. Realitinya Iqbal sudah disihir dan dia tidak rasa dia sedang sakit.

“Saya sudah kenal dia selama tujuh tahun, kulit dia putih pun sudah jadi warna kelabu asap. Bawah mata juga sudah gelap dan saya perlu selamatkan dia,” katanya.

Dalam pada itu, DSV turut menunjukkan fotonya bersama Iqbal yang kelihatan sugul berbanding sebelum ini.

Walaupun teruk dikecam, pemilik nama Hasmizah Othman tidak menghiraukan kata-kata dari netizen demi menyelamatkan hidup bakal suaminya itu.

Jutawan kosmetik ini juga menyatakan dia sanggup mengenepikan soal maruah semata-mata untuk hal tersebut.

“Nak cakap drama terpulang kepada semua. Sikit lagi kami akan dihalalkan. Orang keji saya. Orang kata saya tak move on. Tak apa. Untuk hal ini juga, saya sanggup merendahkan maruah pada pukul 3 pagi demi mencari lelaki muda yang menjadi kegilaan saya

“Sihir tersebut ditujukan kepada saya tetapi Iqbal yang kena. Ilmu hitam tersebut untuk buat saya tidak bahagia dan tidak kaya kerana dengki dengan kehidupan serta perniagaan saya,” ujarnya.

Cincin memang ada dalam beg.

Bercakap mengenai cincin yang dibawa pula, DSV menyatakan bahawa cincin tersebut telah lama tersimpan di dalam begnya namun tidak berkesempatan untuk diserahkan kepada lelaki muda itu.

Kecewa dengan tindakan individu yang ingin menjatuhkan dirinya, DSV memaafkan orang berkenaan dan meminta agar berhenti daripada melakukan perkara terkutut tersebut.

“Saya maafkan orang itu tetapi tolonglah jangan buat lagi,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Iqbal meluahkan rasa terkejut apabila rumahnya diterjah masuk usahawan berkenaan sekitar jam 3 pagi bersama cincin.

Untuk makluman, pasangan ini telah merancang mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini namun terdapat pelbagai halangan menyatukan mereka.

Anda masih keseorangan?

1,115,772 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen