Stres ditanya soal anak, Izzue Islam akui bahagia walaupun berdua

Oleh: Zuzu Yasmine

Tertekan dengan soalan berkaitan cahaya mata, pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui agak sensitif akan pertanyaan sebegitu selepas hampir tujuh tahun berkahwin.

Berkongsi perkara itu di dalam program temubual Wanita Hari Ini, Izzue mengakui bahawa dia berasa tertekan sering ditanya mengenai soal anak.

“Pada awalnya, memang ada rasa stress bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin kawan baru sahaja kahwin dah dapat anak.

“Bila ada yang bertanya itu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu. Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan menguris hati kita,” kongsinya.

Bagaimanapun, Izzue dan isterinya Awin Nurin tetap bahagia dan sentiasa bersikap positif jika berdepan soalan seperti itu.

“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stress. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah,” katanya.

Untuk makluman, Izzue dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013 lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen