"Boleh tak kita pergi hospital yang mak selalu pergi..." - Permintaan abah masa 'birthday' undang tangisan

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini, tular perkongsian dari pengguna Tiktok @Atul Quraidah mengenai sambutan hari lahir bersama bapanya di sebuah restoran Pizza Hut. Apa yang menarik perhatian netizen adalah tangisan dari bapanya yang sedang menjamah sebiji kek muffin yang disediakan sempena sambutan kejutan tersebut.

"Happy Birthday Cinta"

Dengan kapsyen sweet yang ditulis oleh Atul "Happy Birthday Cinta" telah menarik 358 ribu tontonan. Sambutan itu dijayakan oleh seorang pekerja Pizza Hut yang membawa keluar kek tersebut.

Reaksi bapa Atul yang terharu dan menangis telah ditenangkan oleh anaknya dengan mengusap tangan bapanya.

"Birthday abah, boleh tak kita pergi hospital yang selalu mak pergi..."

Tidak berakhir di situ, bapanya membuat permintaan untuk melawat hospital yang sering dikunjungi arwah ibunya.

Sewaktu memandu ke hospital, abahnya dilihat mengesat air mata yang mengalir, beberapa kali. 

"Buat lepas rindu, dia kata..."

Menurut video susulan yang dikongsikan oleh Atul, ayahnya membuat permintaan untuk ke hospital kerana sangat merindui arwah isterinya.

Video yang berdurasi 10 saat itu telah meraih tontonan sebanyak 68 ribu. Rata-rata netizen turut sama bersedih melihat reaksi bapanya.

"Besarnya cinta abah awak untuk mak awak..."

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang terharu dengan reaksi ayahnya.

Malahan mereka juga kagum dengan cinta abadi yang ditunjukkan dan ada juga yang mendoakan agar dikurniakan kekuatan buat bapa Atul.

"Wanita terhebat awak ni..."

Ada juga netizen yang memuji @Atul Quraidah dan mengatakan bahawa ketabahan hati Atul pastinya mewarisi oleh arwah ibunya.

Atul juga menjawab komen tersebut, dan berharap dia boleh mengikuti sikap baik dan kekuatan arwah ibunya.

"Bless birthday buat abah sis..."

Ruangan komen juga dihujani dengan doa kesejahteraan dan kebahagiaan bapa Atul.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen