Meskipun lokasi keberadaan Muhammad Sajad atau Nur Sajat sudah dikesan, namun usaha untuk membawa pulang usahawan kosmetik itu ke Malaysia mengalami sedikit kesukaran.
Peluang bawa balik Sajat tipis
Memetik laporan Harian Metro, ia berlaku susulan desakan beberapa pihak yang mempertahankan kebebasan transgender dan sehingga kini Thailand masih belum membenarkan Sajat diekstradisi ke negara ini.
"Peluang untuk membawa pulang dilihat tipis susulan desakan beberapa pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) atas dasar kebebasan transgender."
"Kemungkinan dia akan mendapat suaka di negara ketiga."
-Sumber-
Proses akan ambil waktu lama
Bagaimanapun, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Datuk Seri Abd Jalil Hassan, proses itu akan mengambil masa kerana membabitkan pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara dan pihak berkuasa Thailand.
Tinggalkan Komen