Tak sempat kejar masuk lif, ibu terkejut anak ditemui maut jatuh hotel lepas 10 minit cari

Gempar hari ini apabila percutian sebuah keluarga bertukar tragedi selepas anak bongsu mereka berusia 6 tahun ditemui maut terjatuh dari bangunan hotel di Tanjung Bungah.

Anak tiba-tiba masuk lif

Menurut ibu kepada mangsa, Siti Norra Salleh, mereka sekeluarga menginap di hotel berkenaan sementara sebelum menghantar anak sulungnya ke kampus.

"Ketika kejadian kami semua mahu naik semula ke bilik untuk mengemas barang selepas mandi tingkat bawah hotel, namun tiba-tiba anak saya meluku masuk lif sebaik melihat orang awam keluar dari lif tersebut."

"Tiada seorang daripada kami sempat naik bersamanya ekorang pintu lif tertutup dengan cepat. Susulan itu, kami mencari Nur Airis Hafeeya 10 minit sebelum dikejutkan dengan berita penemuan mayat kanak-kanak di tingkat dua hotel tersebut."

-Ibu-

Tambah ibu mangsa lagi, dia akui terkilan dengan kejadian yang menimpa mereka sekeluarga kerana tidak menyangka mayat yang ditemukan itu adalah mayat anak bongsunya.

"Baru saya faham maksudnya..."

Bercerita lanjut tentang arwah anaknya, Norra juga mendedahkan arwah sebelum ini ada memberitahu akan berjumpa dengan toknya yang juga telah meninggal dunia seminggu yang lalu. 

Ujar Norra, rupanya arwah benar-benar memaksudkan kata-katanya itu.

"Saya tak sangka jadi macam ni, baru seminggu saya kehilangan mak dan kini anak bongsu pula. Malah, pada hari kejadian saya meminta dia (anak) mencium jenazah mak buat kali terakhir, namun dia mengatakan tidak mengapa Hafeeya boleh jumpa tok di Syurga dan baru saya faham maksudnya."

"Saya reda, Allah lebih sayang dia. Dia anak syurga."

-Ibu-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen