Rimas sikap Vida, Iqbal sindir isu terjah rumah 3 pagi. -"Nak rawat bawa air penawar bukan cincin..."

Baru-baru ini media sosial dikejutkan dengan dakwaan baru dari usahawan kosmetik, Dato' Seri Vida terhadap Ahmad Iqbal yang memaklumkan bahawa bekas pembantu peribadinya itu telah disihir.

Lebih memeranjatkan lagi apabila Vida sanggup datang ke rumah Iqbal pada jam 3 pagi untuk memberitahu sendiri akan perkara tersebut.

Iqbal tepis dakwaan jadi mangsa sihir

Menepis dakwaan itu, Iqbal berkata bahawa jutawan kosmetik berkenaan sengaja mereka-reka cerita yang dianggap dan tidak benar kerana dia berada dalam keadaan sihat.

"Sebenarnya dah lama dia beritahu kononnya saya kena santau kena sihir."

"Jadi saya tak terkejut pun kali ni dia buat cerita sama sebab setiap kali ada masalah dia mesti kaitkan dengan sihir dan buatan orang."

"Saya tahu diri saya, saya sedar diri saya masih waras dan  boleh berfikir dengan normal."

-Iqbal-

"Saya penat..."

Dalam pada itu, Iqbal juga memaklumkan bahawa dia agak penat berikutan jadual waktunya yang padat dan sama sekali tiada kaitan dengan disihir dan sebagainya.

"Saya penat dengan kerja dan pulang lewat. Saya dah tidur tiba-tiba pukul tiga pagi ada orang datang."

"Mereka ganggu ketuk pintu belakang rumah saya, saya tak tahu macam mana mereka boleh masuk kawasan rumah saya sebab ada guard."

"Kalau saya kena sihir janganlah bawa cincin, bawa air penawar ke, buat solat hajat ke..."

-Iqbal-

"Makin rimas dengan sikap Vida"

Sementara itu, pemuda berusia 27 tahun turut akui rimas dan tidak selesa dengan sikap Vida yang dikatakan sering menghantui hidupnya selepas mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan pernikahan mereka.

"Saya rasa makin rimas dengan sikap Datuk Seri Vida sekarang ni...annoying."

"Datang rumah tanya saya rindu dia ke, sayang dia ke, dia cantik ke...dia tak malu ke? Benda ni sangat menjengkelkan."

"Saya dah pernah minta dia jangan ganggu saya. Saya tak pakai pun cincin dia bagi tu, saya simpan dan akan pulangkan."

-Iqbal-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen