Tak akan pulang ke Malaysia lagi, Sajat teruja mulakan hidup baru di Australia

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah lama menyepi dari media sosial, usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman nampaknya mula kembali bergiat aktif menyapa pengikutnya yang ternanti-nanti telatah dirinya.

Sajat dah sampai Australia.

Menerusi IG live usahawan berusia 36 tahun itu, dia memaklumkan bahawa dirinya telah berhijrah ke Australia dan kini sedang menjalani kuarantin di Canterbuy.

Berkongsi akan perancangannya, Sajat memaklumkan bahawa dirinya akan membuka perniagaan selain terus menetap di negara itu.

“Saya berasa sangat bahagia kerana sudah bebas dan boleh menjadi diri sendiri,” kata Sajat menjawab salah satu soalan pengikutnya.

Ulas kes menyeludup masuk negara jiran.

Mengulas lebih lanjut mengenai kes  ‘menyeludup’ masuk ke negara jiran bagi mengelakkan dirinya ditangkap oleh pihak berkuasa.

“Apa yang terjadi tidaklah seperti yang disangka dan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja, saya juga menghormati kerja pihak Polis Diraja Malaysia yang menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Dah jual perniagaan.

Selain itu, Sajat turut memaklumkan yang segala perniagaannya di Malaysia sudahpun dijual dan kini berhijrah ke Australia untuk memulakan perniagaan baharu selepas selesai dikuarantin.

Dia tetap wanita & jalani kewajipan Islam dengan cara sendiri.

Dalam pada itu, usahawan berkenaan turut menjawab soalan tentang agama yang mana baginya itu adalah satu perkara peribadi dan dia sama sekali tidak mahu mengulas kerana baginya biarlah dia menjalankan kewajiban sebagai umat Islam mengikut caranya sendiri.

Tak hanya itu, Sajat memberitahu yang dia sama sekali tidak akan mengaku berkenaan jantina walaupun sehingga ke lubang kubur kelak kerana padanya dia tetap wanita.

Setiap orang tidak ada hal untuk  memaksa dirinya menjadi orang lain dan  sangat kecewa dengan mereka yang memintanya berubah secara luaran sedangkan dalamannya adalah seorang wanita.

Teruja mulakan hidup baru.

Di akhir ‘live’ tersebut, mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan Malaysia dan tidak akan boleh kembali ke sini lagi, dia juga tidak berasa ralat akan hal itu dan cukup teruja untuk memulakan kehidupan yang baru di Australia.

Pada masa yang sama dia merancang untuk membuka perniagaan dan membantu rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Australia dengan cara bekerja di bawah perniagaannya nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen