Bawa balik kekasih hati, ayah sempoi beri restu pilihan anak -"Apa lagi, kasi jalan la..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak bawa kekasih hati jumpa ibu bapa ni bukanlah satu perkara yang mudah nak dilakukan. Mana tidaknya risau kalau-kalau ibu bapa tidak berkenan dengan pilihan hati.

Tapi kalau dah betul-betul serius, tentunya tak tunggu lama-lama perkenalkan kekasih hati dengan orang tua, boleh lah mereka berkenalan rapat antara satu sama lain.

Nak kenalkan kekasih hati pada ayah.

Seperti pengguna TikTok dikenali sebagai @_aadlishah ini awalnya memberi ‘hint’ kepada bapanya bahawa dia sudah mempunyai seseorang istimewa namun ayahnya pula menganggap itu satu jenaka dan berseloroh bahawa orang tersebut tidak bertuah mendapat anaknya.

Terus dapat 'green light'.

Yakin dengan pilihan hatinya, @_aadlishah membawa teman wanitanya pulang ke rumah untuk berkenalan dengan bapanya.

Malah tanpa disangka-sangka, bapanya memberi ‘green light’ terhadap pilihan hatinya yang bermaksud merestui hubungan mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mendoakan agar urusan pengguna TikTok tersebut dipermudahkan, selain turut mendoakan kebahagiaan mereka. Malah, mereka turut memuji bapanya yang begitu ‘sporting’.

Buat kenduri jangan lupa jemput

Moga dipermudahkan urusan

Sempoi bapa dia

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen