Cute! Budak perempuan minta izin petugas 'airport' peluk makcik saudara sebelum berlepas

Dalam sebuah keluarga besar yang terdiri daripada adik beradik sebelah ibu dan ayah, pasti ada salah seorang dari mereka rapat dengan kita.

Bukan itu sahaja, keakraban yang terjalin juga membuatkan kita selesa dan terbuka untuk berkongsi segala masalah dengannya sehinggakan bila dia tidak, kita akan merasa sunyi dan kosong.

Budak perempuan minta izin petugas 'airport'

Begitulah yang mungkin dirasai oleh kanak-kanak perempuan ini sewaktu berjumpa dengan makcik saudaranya buat kali terakhir sebelum dia berlepas menaiki kapal terbang.

 

Nak jumpa makcik buat kali terakhir

Menerusi perkongsian di Tiktok oleh pemilik akaun @KaptanHindostan menyaksikan 'moment' budak itu berjalan menuju ke arah salah seorang petugas 'airport' untuk meminta izin berjumpa dengan makciknya.

Sorotan video itu bertukar pilu dan terharu melihat budak itu berjalan menuju ke arah makciknya sebelum mereka berpelukan antara satu sama lain sebelum masing-masing berpisah.

Dalam pada itu, mereka turut berterima kasih kepada petugas berkenaan yang telus dan berhemah dalam menjalankan tugasnya walaupun tahu protokol yang sepatutnya dipatuhi olehnya malah, tidak tidak menjadi penghalang kepadanya untuk memenuhi hasrat kanak-kanak berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen