Rilex je hantar anak bujang pergi 'dating', bapa dipuji sanggup 'drive' jauh demi anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Keinginan untuk memiliki pasangan pada usia yang muda tentunya sangat dirasai oleh mereka yang berjiwa remaja.

Namun, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan memberikan nasihat yang berguna sekaligus menjadi seorang rakan buat anak-anak yang meningkat dewasa ini. Jangan menghalang sebaliknya memberi sokongan tentunya sahaja membantu anak-anak ini.

Hantar anak dating.

Itulah yang dilakukan bapa ini apabila bertindak menghantar anak bujangnya bertemu dengan kenalan baru di Taiping dari Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai @remydamak ini telah menjadi perhatian kerana dia dan keluarga menjadi saksi pertemuan pertama anaknya itu.

Bagaimanapun, dalam video yang dikongsikan itu, mereka sekeluarga membawa haluan dan memberi ruang selepas anaknya bertemu dengan gadis yang dikenali melalui media sosial itu.

Susulan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan bapa berkenaan yang dikatakan begitu memahami gelagat anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

Syok ayah sporting ni

Ayah contoh ni

Lepas tapi pantau

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen