Mengaku jadi polis siap berani keluar kompaun, lelaki gagap lepas tanya dari balai mana

Tindakan berani seorang lelaki menyamar jadi anggota polis akhirnya makan diri selepas dia ditahan di kawasan deretan rumah kedai berhampiran Taman TTDI pada Sabtu.

Curiga tiba-tiba mengaku diri polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD0 menerima maklumat awam pada pukul 2.29 pagi berhubung kejadian perselisihan faham antara dua pihak mengenai isu hutang sewa rumah di lokasi sama.

"Kejadian tersebut dapat dileraikan orang awam yang berada di lokasi dan secara tiba-tiba seorang lelaki tempatan yang turut terlibat dalam kejadian itu mengaku dirinya anggota polis dengan mengeluarkan kad kuasa untuk melindungi diri."

"Oleh kerana curiga, orang awam terbabit telah menghubungi polis dan semakan pihak polis yang tiba di lokasi mendapati suspek bukan anggota polis."

-Zaid Hassan-

Simpan peralatan polis

Selain itu, suspek berusia 32 tahun itu turut mempunyai peralatan polis seperti sepasang baju operasi polis tertera nama suspek, kasut, tali pinggang dan satu unit gari.

"Suspek masih dalam tahanan reman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan untuk melihat sama ada suspek terlibat dalam kes menyamar polis sebelum ini."

-Zaid Hassan-

Selain itu, dia turut mengaku pernah mengikuti latihan menembak di Pasukan Gerakann Am (PGA) serta mengambil dadah.

Rakaman kejadian

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen