Niat abang jeruk nak tolong polis eskot, tapi kena marah pula sebab halang laluan?

Meskipun akta telah dikeluarkan ke atas peniaga yang meniaga di persimpangan lampu isyarat,  namun rata-ratanya tetap berdegil dan masih ramai yang menjalankan perniagaan seperti itu.

Tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah juga memberi impak kepada pihak yang mungkin perlu menyegerakan perjalanan mereka seperti ambulans, bomba dan sebagainya.

Peniaga jeruk kena 'sound' dengan polis

Berkongsi kisah sama, pengguna Tiktok yang menggunakan nama Jeh Salok Ute juga berdepan detik mendebarkan sewaktu dia membawa motosikal polis berkuasa tinggi untuk eskot kenderaan di belakang.

 

Terkejut tiba-tiba muncul tengah jalan

Dalam perkongsian itu, dia terkejut apabila tiba-tiba muncul individu yang juga merupakan peniaga jeruk di tengah jalan sewaktu motosikalnya dalam keadaan laju.

Disebabkan kejadian itu, dia secara spontan memarahi peniaga itu, barangkali bimbang sekiranya berlaku kemalangan dan sebagainya.

 "Tolong salah, tak tolong salah"

Bagaimanapun, siapa sangka tindakannya itu mengundang rasa kurang senang segelintir wargamaya kerana menganggap ia terlalu kasar, walhal niatnya hanya ingin membantu.

 

"Boleh cakap elok kan"

"Betullah juga tu..."

Namun, tak kurang juga yang berpendapat bahawa tiada yang salah dengan tindakan tersebut kerana faham dengan situasi membahayakan itu.

"Jalan tak sesak pun..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen