Akaun media sosial diserang netizen, adik Sajat berang kena tempias kontroversi abang

Sejak akhir-akhir ini muncul semula kontroversi membabitkan usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat selepas dia mengesahkan keberadaannya di Australia.

"Dugaan ni bukan kecil..."

Dalam waktu sama, siapa sangka rupanya adik kepada Sajat iaitu Mustika juga terpalit dengan isu abangnya itu sehingga akuan media sosialnya kini menjadi tempat melepas tohmahan dan kritikan netizen.

 

 

"Reputasi buruk dan dia tak pernah nak minta maaf dengan aku. Malah dia hina aku sebab aku terangkan kat media hari tu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung."

Bimbang nasib anak 

Menerusi hantaran terbaharunya itu, Mustika turut meluahkan rasa bimbang terhadap nasib anaknya selepas ini yang perlu berdepan dengan mulut-mulut manusia di luar sana.

"Aku ni seorang ibu, ada anak kandung. Kesan-kesan negatif boleh timpa anak aku. Macam mana dia nak ke sekolah?"

"Kuatkah dia apabila orang cakap atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini dalam setiap dugaan diberiNya."

-Mustika-

Untuk makluman, Sajat kini telah berjaya meloloskan dirinya ke Australia selepas lama bersembunyi di Thailand dan dengan bangganya memberitahu tidak akan pulang semula ke Malaysia. 

Namun, pihak berkuasa masih mempergiat usaha membawanya pulang kerana beberapa urusan melibatkan mahkamah yang tertangguh.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen