Serah organ pada keluarga, wanita murung sempat tinggal nota sebelum maut terjatuh tingkat 13

Kes kemurungan di Malaysia saban hari semakin parah. Terbaru, seorang wanita yang kemurungan ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Butterworth pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo Online, mangsa berusia 46 tahun itu ditemui meninggal dunia dalam keadaan kepalanya pecah kira-kira pukul 7 pagi di atas lantai tingkat bawah.

Ketika ditemui, mangsa dipercayai terjun bersama sepasang selipar dan cermain mata di tempat kejadian.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, wanita itu mengalami kemurungan dan sedang dalam rawatan dan bergantung dengan ubatan.

“Dia tinggal dengan keluarga di tingkat lima dan kejadian berlaku ketika semua sedang tidur

“Dia meninggalkan nota di dalam bilik menyatakan mahu pergi jauh dan jika mati, organnya boleh diberikan kepada ahli keluarga,” katanya.

Difahamkan mangsa tidak bekerja sejak kira-kira dua tahun lalu dan telah bercerai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Anda masih keseorangan?

1,009,875 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen