Keinginan seorang anak ingin mandi kolam menyebabkan keterbatasan caranya berfikir membuatkan si ibu tepuk dahi apabila melihat satu rumah ditakungi limpahan air
Apabila sel otak anak berhubung
Menerusi perkongsian Najwa Ariefah di akaun Tiktok, difahamkan anaknya telah memasukkan bola ke dalam lubang tandas agar air tidak boleh keluar.
Ujarnya, dia ingin membuat kolam sendiri tetapi habis satu rumah bertakung hingga memasuki kawasan ruang tamu.
"Anak-anak okey ke tu"
Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya turut terkejut dengan tindakan anaknya itu namun, dalam masa yang sama terhibur mengenangkan nasib Najwa selepas itu yang perlu mengemas pula.
"Kalau saya nangis dulu"
"Kalau aku jadi rimau dah ni"
Tinggalkan Komen