"Rela macam ni, kalau ayah baru pun yang bukan childish..." - Cik B

Rentetan kisah cinta antara usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli nampaknya masih belum bertemu titik akhir. Meskipun seolah-olah bagai berada di penghujung selepas Iqbal dikatakan telah tawar hati.

Terpalit akan kisah percintaan ibunya, anak perempuan DSV, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih mesra dengan panggilan Cik B berkata dia malas untuk masuk campur hal tersebut.

“Sebenarnya saya tidak mahu masuk campur sebab apa yang kita cakap akan dikaitkan orang, boleh jadi salah faham. Memang tak mahu masuk campur tapi kadang-kadang adalah saya balas ciapan dia (Iqbal) di Twitter, saya tak cakap banyak.

“Kalau media tanya saya jawablah, cuma sekarang saya rasa malas untuk masuk campur hal mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam sesi temubual itu juga Cik B, mengakui bahawa emosinya agak terganggu namun dia membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam perkara itu.

“Agak menganggu, bila kita nak cakap saja amesti akan ada orang orang kecam. Sekarang, saya dah tak mahu terlibat dalam perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaannya akan bapa tiri muda seperti Iqbal, Cik B berkata dia lebih selesa dengan kehidupannya sekarang tambahan pula, dia dan Kacak sudah biasa hidup tanpa ayah.

“Saya rela macam ini, tapi kalau saya nak ayah baru pun, saya mahu yang betul-betul boleh menjadi ayah, yang bukan childish.

“Seumur hidup kami sudah hidup tanpa ayah sudah lama, kami tak kisahlah ada ayah atau tidak. Sebelum ini ada ayah pun mereka membuatkan kami rasa trauma. Kiranya susah untuk percaya mana-mana lelaki sekarang,” kongsinya.

Anda masih keseorangan?

1,009,884 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen