Hormat majlis bekas kekasih, lelaki elak pengantin cium tangan ketika sesi bersalam

Perpisahan yang berlaku dalam sesebuah hubungan adakalanya berakhir dengan dendam namun, tak kurang juga yang pilih untuk kekal berdamai meskipun status kini hanyalah sebagai seorang kawan.

Jadi tak hairanlah kalau kita lihat bekas kekasih turut hadir ke majlis kahwin pasangan mereka bagi meraikan moment bahagia itu.

Hormat majlis kahwin EX

Walaubagaimanapun, perlulah kita menghormati majlis mereka dengan tidak melakukan sesuatu yang mungkin boleh menyentuh sensitiviti pasangan baru mereka seperti yang dilakukan oleh lelaki ini.

Lelaki elak tangannya dicium bekas kekasih

Menerusi perkongsian Agus Munawar menyaksikan kejadian bilamana sahabatnya mengelak tangannya dicium pengantin perempuan yang juga merupakan bekas kekasihnya ketika bersalaman.

Kejadian itu mungkin tidak disaksikan oleh kebanyakan orang, namun kerana wujud rasa hormat terhadap majlis serta suami pengantin, dia memilih untuk berbuat demikian.

"Salute, manusia hebat"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya memuji sikap lelaki itu yang dikenali sebagai Andre dan mendoakan agar dia bertemu dengan jodoh yang lebih baik selepas ini.

"Gentle bro"

"Respect cara dia..."

"Sejatinya lelaki, selalu mengalah..."

Anda masih keseorangan?

1,009,872 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen