Perpisahan yang berlaku dalam sesebuah hubungan adakalanya berakhir dengan dendam namun, tak kurang juga yang pilih untuk kekal berdamai meskipun status kini hanyalah sebagai seorang kawan.
Jadi tak hairanlah kalau kita lihat bekas kekasih turut hadir ke majlis kahwin pasangan mereka bagi meraikan moment bahagia itu.
Hormat majlis kahwin EX
Walaubagaimanapun, perlulah kita menghormati majlis mereka dengan tidak melakukan sesuatu yang mungkin boleh menyentuh sensitiviti pasangan baru mereka seperti yang dilakukan oleh lelaki ini.
Lelaki elak tangannya dicium bekas kekasih
Menerusi perkongsian Agus Munawar menyaksikan kejadian bilamana sahabatnya mengelak tangannya dicium pengantin perempuan yang juga merupakan bekas kekasihnya ketika bersalaman.
Kejadian itu mungkin tidak disaksikan oleh kebanyakan orang, namun kerana wujud rasa hormat terhadap majlis serta suami pengantin, dia memilih untuk berbuat demikian.
"Salute, manusia hebat"
Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya memuji sikap lelaki itu yang dikenali sebagai Andre dan mendoakan agar dia bertemu dengan jodoh yang lebih baik selepas ini.
Tinggalkan Komen